Harold Ramis
Harold Ramis

Harold Ramis

Harold Allen Ramis (/ˈreɪmᵻs/; 21 November 1944 – 24 Februari 2014) merupakan seorang pelakon, pelawak, pengarah dan penulis Amerika Syarikat.[1][2][3][4][5][6] Watak lakonannya yang paling terkenal ialah sebagai Egon Spengler dalam Ghostbusters (1984) dan Ghostbusters II (1989), dan sebagai Russell Ziskey dalam Stripes (1981); beliau juga menulis bersama filem-filem tersebut. Sebagai pengarah, filem-filem arahan beliau termasuk Caddyshack (1980), National Lampoon's Vacation (1983), Groundhog Day (1993), dan Analyze This (1999). Ramis merupakan ketua penulis asal siri televisyen SCTV, yang mana beliau juga ialah penghibur, dan juga sebagai penulis bersa,a Groundhog Day dan National Lampoon's Animal House (1978). Filem terakhir yang beliau tulis, terbit, arah, dan berlakon ialah Year One (2009).Hasil karya Ramis telah mempengaruhi generasi pelawak, penulis komedi dan pelakon. Pembikin filem dan pelakon termasuk Jay Roach, Jake Kasdan, Adam Sandler, Peter dan Bobby Farrelly yang memetik filem-filemnya antara kegemaran mereka. Bersama-sama Danny Rubin, beliau memenangi Anugerah BAFTA untuk Lakonlayar Asal Terbaik untuk Groundhog Day.[7]

Rujukan

WikiPedia: Harold Ramis http://www.chicagomag.com/arts-culture/February-20... http://www.cnn.com/2014/02/24/showbiz/movies/obit-... http://www.imdb.com/name/nm0000601/ http://beta.nydailynews.com/entertainment/actor-ha... http://www2.kenyon.edu/Depts/Religion/Fac/Adler/Mi... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p070845239 http://awards.bafta.org/award/1994/film/original-s... http://isni.org/isni/0000000114741940 https://www.algemeiner.com/2014/02/24/'ghostbuster...